HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Tuesday, May 26, 2015

Sekali Serban Dililit. Siri 15

  • Sehari dua ini dunia penulisan menjadi meriah. Secara peribadi saya sangat seronok. Saya suka membaca tulisan rakan-rakan yang saya kenal. Membaca tulisan orang yang kita kenal sangat berbeza dengan membaca tulisan orang yang kita tidak kenal.
  • Sebelum ini, saya banyak membaca tulisan sahabat saya Yb. Ustaz Nik Mohd Abduh dan Dr Riduan Mohd Nor. Kedua-dua mereka sangat gemar menulis dan bahasa penulisan yang mereka ketengahkan sangat menarik. Sejak zaman blog berpengaruh tinggi, saya banyak belajar dari mereka berdua untuk memperkaya seni tulis.
  • Sementara penulisan ilmiah pula saya sering ikuti tulisan Yb. Dr Khairudin Aman Razali at Takiri melewati buku-buku karya beliau sejak beliau menjadi pensyarah universiti sehinggalah sekarang melalui kenyataan media dan kupasan isu semasa sebagai Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat.
  • Mutaakhir ini, di era Whatsapp dan Facebook. Banyak masa membaca saya tertumpu arah kepada membaca artikel atau tulisan di Facebook dan Whatsapp. Tulisan-tulisan ringkas tetapi bernas dan membekas. Namun jika dikumpul maka ia menghasilkan satu koleksi tulisan yang menarik. Antaranya tulisan adinda saya Ustaz Mohd Asri Daud yang terkenal dengan tulisan Usrah Whatsapp atau singkatannya USWAH yang sehingga hari ini telah masuk siri ke 125.
  • Tulisan Yb. Ustaz Idris Ahmad juga mempunyai sentuhan tersendiri dengan judul Catatan Dhuha. Walaupun tidak dicatat nombor siri terbitannya, saya percaya ia telah melewati ratusan siri dek kerana penulisan yang istiqamah sejak lama dulu. Ringkas dan rileks membacanya, itulah ciri-ciri catatan dhuha milik Yb Ustaz Idris Ahmad.
  • Dato Tuan Ibrahim Tuan Man pula telah establish dengan skil penulisan motivasi yang sarat dengan nasihat umum kepada semua. Telah berjaya dihasilkan beberapa siri tulisan beliau dalam bentuk buku bersiri yang berjudul Senyum. Kebelakangan ini beliau tegas menjawab pelbagai isu terutama yang berkait dengan kredebiliti jamaah. Sahabat saya Yb Ustaz Marzuk Saari pula tampil dengan tulisan beliau berjudul Catatan Dzuhur yang telah berada pada siri ke 32 sehingga kelmarin. Tulisan ini bertukar topik menjadi Catatan Jumaat jika melewati hari Jumaat.
  • Yb. Dr Khairudin pula mutaakhir ini mengolah tulisan beliau menjadi judul Renungan Pagi atau Renungan Malam jika karya itu dihasilkan di waktu malam. Seorang lagi sahabat saya yang rajin menulis ialah Tuan Hj Razman Zakaria. Tulisannya sering diolah sebagai catitan dan kupasan isu semasa dalam perjalanan beliau ke tempat program dan sebagainya.
  • Hampir kesemuanya membawa format tulisan yang berani dan berterus terang membawa idea pemikiran dan pandangan dalam pelbagai isu yang disinggung. Harapan saya buat yang ke sekian kalinya agar semua tulisan ini istiqamah. Bukan sekadar memeriahkan suasana menghadapi muktamar PAS yang akan berlangsung pada awal bulan depan.
  • Seminggu ini muncul lagi pelbagai catatan yang menambah koleksi penulisan berskala Whatsapp dan twitter. Saya mengharapkan tulisan-tulisan tersebut bukan hanya menjadi bunga api yang bergemerlapan untuk memeriahkan musim muktamar tetapi terus istiqamah mewarnai dunia baru dalam smart phone ini.
  • Saya menegaskan demikian kerana saya juga penulis dan saya tahu bagaimana mood seorang penulis. Itu bergantung kepada keikhlasan penulisnya dalam menghasil atau menerbitkan karyanya. Mudah-mudahan lebih ramai penulis berskala Whatsapp ini lahir dan memampatkan talian cyber dengan bahan yang berguna dan bermanfaat.
Sekian. Catatan Sebelum Muktamar

Risalah Dakwah. Siri 116 - Janji Manis

  • Kita berjanji untuk hidup dan mati demi Islam. Menyertai PAS adalah atas tujuan untuk merealisasikan janji tersebut yang telah kita lafaz setiap kali menunaikan solat. Kita mahu hidup dan mati bersama dengan Islam dan perjuangannya. Memilih PAS sebagai wadah perjuangan adalah tepat kerana PAS konsisten meletakkan Islam sebagai dasar dan prinsip perjuangannya.
  • Janji telah kita lafazkan dengan tenang serta insaf sebagai hamba yang taat kepada Tuhan Yang Maha Mencipta dan kiranya kita menunaikan janji tersebut, Allah swt pula akan menunaikan janji-Nya kepada hamba yang taat. Antara janji yang manis dari Allah swt  buat pejuang-Nya ialah:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تَنصُرُوا اللَّهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ
  • Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu berjuang membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan pendirian kamu. (Surah Muhammad: ayat 7)
  • Mudah-mudahan kita tidak menodai janji kita. Jangan biarkan janji kita sekadar janji yang hanya manis dibibir sedang kita pula mudah patah hati dan hilang kecekalan bila berdepan dengan cabaran luar atau dalam perjuangan yang kita dokong ini. Bersabarlah sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang sabar sekalipun kita dalam jumlah yang kecil. Firman Allah swt :
كَم مِّن فِئَةٍ قَلِيلَةٍ غَلَبَتْ فِئَةً كَثِيرَةً بِإِذْنِ اللَّهِ وَاللَّهُ مَعَ الصَّابِرِينَ
  • Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang ramai dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar. (Surah Al Baqarah: ayat 249)
  • Optimislah bahawa masa depan adalah milik Islam. Jangan rasa janggal untuk terus bersama Islam. Jangan rasa bersalah dan asing untuk terus bersama dengan dasar dan prinsip perjuangan Islam walaupun ramai yang tidak bersetuju dan menentangnya. Jangan lepaskan pegangan dan genggaman dari terus berpaut pada Islam dan jamaahnya. Hayatilah sabda Rasulullah saw :
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:  بَدَأَ الإِسْلامُ غَرِيبًا، وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ غَرِيبًا، فَطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ

  • Dari Abi Hurairah Rha telah berkata Rasulullah saw bersabda : Islam telah bermula dalam keadaan asing (kemudian ianya berkembang ke serata dunia) dan ia akan kembali menjadi asing sebagaimana ia bermula. Maka berbahagialah orang yang dianggap asing (kerana terus bersama dengan Islam). (Riwayat : Imam Muslim)
  • Nabi saw memberikan satu janji yang sangat manis kepada semua pejuang Islam bahawa kebahagiaanlah (di dunia dan akhirat) buat mereka yang terus berjuang untuk menegakkan Islam sekalipun mereka dianggap pelik dan asing kerana perjuangannya. Bersabarlah teman! Allah swt bersama hamba-Nya yang sabar.
Sekian.

Risalah Dakwah. Siri 115 - Jangan Tinggalkan PAS

  • Sebaik sahaja kaki melangkah masuk menyertai PAS dan memberikan intima' (menggabungkan diri) yang jitu kepadanya, kita sayugianya telah bersedia mengorbankan segala kepentingan diri, masa, tenaga bahkan perasaan untuk diwakafkan kepada perjuangan Islam ini. Tiada apa yang ingin kita cari dengan PAS melainkan redha Allah swt dan kemenangan buat perjuangan Islam yang didokong.
  • Menyertai PAS adalah satu pengorbanan yang pasti, sedang kita mempunyai pilihan lain untuk tidak menyertai PAS.  Menyertai PAS  ertinya kita menolak segala habuan duniawi yang luas terbentang kepada kita di luar sana. Menyertai PAS adalah mendedahkan diri kepada 1001 kepayahan dan kesukaran.  Kita faham dan sedar  realiti ini sebelum menyertai PAS kerana PAS tiada Janji Manis yang diberikan selain redha Allah swt buat pejuang yang ikhlas dan istiqamah.
  • Kedegilan apa yang membuatkan kita tetap menyertai PAS? Tentunya tidak berbaloi jika hanya berdegil untuk mencari kemasyhuran kerana tiada apa yang mahu dimasyhurkan dalam PAS. Malah rugi besar mencari suatu yang lain dari Mardhatillah (keredhaan Allah swt) tatkala kita berjuang bersama PAS. Dunia tak dapat dan akhirat pula terlepas.
  • Pastinya kedegilan itu adalah hanya kerana kita mahu menempatkan diri dalam kelompok pejuang yang diiktiraf oleh Allah swt dan RasulNya saw sebagai pejuang Fi Sabilillah. Mari kita lihat apa kata Rasulullah saw mengenai pejuang Fisabilillah ini ?
عن أَبي مُوسَى الْأَشْعَرِيُّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ؛ قَالَ أَعْرَابِيٌّ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِلْمَغْنَمِ وَالرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِيُذْكَرَ وَيُقَاتِلُ لِيُرَى مَكَانُهُ مَنْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَقَالَ مَنْ قَاتَلَ لِتَكُونَ كَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ الْعُلْيَا فَهُوَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
  • Dari Abi Musa Al Asy'ari Rha telah berkata : Telah bertanya A'raabi (arab pendalaman) kepada Nabi saw : seorang tokoh berjuang untuk mendapatkan habuan dan seorang tokoh yang lain berjuang supaya namanya disebut-sebut dan seorang tokoh yang lain pula berjuang supaya dirinya dilihat berketerampilan. Siapakah (dari kalangan mereka) yang berjuang di Jalan Allah? Maka jawab Rasulullah saw: siapa yang berjuang bagi meletakkan Kalimah Allah swt itu tinggi (mengatasi segalanya termasuk ideologi yang dicipta oleh manusia) maka dia lah pejuang Fi Sabilillah (pejuang di Jalan Allah) - Riwayat Imam Bukhari
  • Justeru itu, nasihat saya kepada diri saya sendiri dan juga kepada semua agar jangan tinggalkan PAS. Kemana destinasi anda jika mahu meninggalkan PAS? Mahu menyendiri tanpa jamaah? Apa yang anda mahu capai dalam hidup ini? Adakah anda mahu kembali menyertai UMNO? Bukankah anda begitu marah apabila tersebar fitnah kononnya terdapat pimpinan PAS yang mahu menyertai UMNO?
  • Teruslah beristiqamah. Sabarlah menanti kemenangan sebagai satu nikmat (anugerah bersama redha Allah swt) yang dijanjikan oleh Allah swt. Jangan mendesak dan mengharapkan sebuah kemenangan yang belum masak dan matang. Kalau kita perolehi kemenangan itu, ia adalah istidraj (pemberian tanpa redha Allah swt) yang bakal menjadi fitnah dan kebinasaan kepada diri kita.
Sekian .

Risalah Dakwah. Siri 114 - Jangan Kecewa Dengan PAS

1
Dasar Perjuangan Parti Islam Se-Malaysia
Dasar perjuangan PAS ialah Islam dan ia tidak pernah berubah sehingga ke hari ini. Seusia saya menyertai PAS sejak zaman al Marhum Tuan Guru Hj Yusuf Rawa sebagai Yang Di Pertua PAS pada masa itu sehinggalah hari ini di bawah kepimpinan Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS, nyata dasar dan prinsip perjuangan Islam terus diperkukuh dari masa ke semasa.
 
  • Perubahan pendekatan adalah berasaskan Feqhul Waqi' (Memahami Realiti) untuk meletakkan Islam senantiasa sesuai dengan zaman dan tempat yang ditempuhinya. Namun dasar dan prinsip perjuangan PAS tidak pernah digadai pajak meskipun seketika semata-mata memburu kemenangan dan meraih undi dalam pilihanraya.
  • Tiada yang mudah dengan perjuangan Islam ini. Jauh perjalanan dan getir pula laluannya. PAS sebagai sebuah wadah atau platform perjuangan Islam di Malaysia jua terpaksa menempuh situasi yang serupa. Ia adalah sunnah perjuangan Islam sepanjang zaman. Hayati Firman Allah swt :
لَوْ كَانَ عَرَضًا قَرِيبًا وَسَفَرًا قَاصِدًا لَّاتَّبَعُوكَ وَلَٰكِن بَعُدَتْ عَلَيْهِمُ الشُّقَّةُ وَسَيَحْلِفُونَ بِاللَّهِ لَوِ اسْتَطَعْنَا لَخَرَجْنَا مَعَكُمْ يُهْلِكُونَ أَنفُسَهُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ إِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ
  • Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) adalah sesuatu faedah yang mudah  didapati, dan satu perjalanan yang hampir, nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi destinasi yang dituju itu terlalu jauh bagi mereka. Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah lalu berkata: "Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu". (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta. - Surah at Taubah: ayat 42
  • Apabila kita menyertai PAS, maka perlu kita sedari bahawa PAS bukan sekadar sebuah parti politik yang memburu cita-cita politik melalui peti undi dan pilihanraya semata-mata bahkan PAS adalah sebuah Gerakan Islam yang terus berjuang untuk menyelamatkan manusia dari perhambaan sesama hamba kepada memperhambakan diri kepada Allah swt dan memenangi pilihanraya itu sebahagian dari usaha PAS.
  • Justeru itu tiada istilah kecewa dan putus asa bagi perjuangan ini. Kemelut dalaman parti adalah ujian semasa daripada Allah swt buat para pejuang agamaNya disepanjang zaman. Sejak zaman Rasulullah saw. Baginda dan para sahabat sering diuji Allah swt dengan masaalah dalaman dan fitnah yang ditiup oleh munafiq dari dalam kelompok Islam. Ia adalah ibtila' (ujian) yang mesti ditempuh oleh insan bergelar pejuang. Firman Allah swt :
وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ حَتَّىٰ نَعْلَمَ الْمُجَاهِدِينَ مِنكُمْ وَالصَّابِرِينَ وَنَبْلُوَ أَخْبَارَكُمْ
  • Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami) dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan berita tentang keadaan kamu. - Surah Muhammad: ayat 31
Sekian.

Personal Info

Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini
Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 018 590 8890
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com


Popular Posts

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Total Pageviews

Blog Archive